Saturday, May 19, 2012

SaNdAran TaRBiaH

بسم الله الرحمن الرحيم

(Label : Muhsinatul Bathiniyyah)


SeDeTik , HatI Ini TiBa - TiBaNya MerinDui MaNiSnYa TarBiaH
~ TErutamaNyA Di AsPuri PeNUh keNangaN ~



Bangun setip hari seawal 5 pagi , 
AlMa'thurat wajib setiap hari , 
Setiap hari wajib ada walau satu solat sunat , 
Tiada televisyen yang penuh lagha dan maksiat , 
Ilmu ilmu dan ilmu walaupun penat , 
Hati dibajai tazkirah setiap hari walaupun محل (tempat) nya penuh padat dan sempit يعني musolla aspuri , Ada bi'ah solehah , 
Suasana pergaulan dengan ajnabi yang sangat terjaga , 
Dan sudah tentu sekali sahabat sahabat solehah yang sukar kujumpa ditempat lain selain di bumi ilmu itu ,
Kehidupan yang penuh sempurna sebagai ibadurRahman ..
~ Rindu , syuq ~

Namun , setiap pertemuan , pasti akan ada perpisahan di dunia .. 
Kerana yang kekal abadi hanya di SYURGANYA ..

Setelah meninggalkan bumi penuh kenangan itu ,
Tarbiah demi tarbiah di sana ,
Tenggelam timbul dari diri ini ,
Diri ini rindu ,
Diri ini ingin ditarbiah lagi ,
Namun , tak mungkin aku kembali ke sana dengan berstatuskan pelajar ,
Kerana takdirku telah pun berada ,
Di sini ..



Tafakkurku sejenak ,,
Bagaimana duhai diri ,
Dirimu makin lemah ,
Pesona islam dan iman makin disaluti jahiliah noda ,
Makin longlai langkahmu untuk hidup ,
Cara hidupmu tidak melambangkan dirimu musafir di bumiNYA ..
~ Ya Allah ~

Dan ,
diri ini menggapai satu titik tumpu ,
Bahawa sebenarnya ,
Tarbiah itu bukan ada di tempat lain ,
Bukan di aspuri ,
Bukan di sekolah semata mata ,
Tetapi ,,

TARBIAH ITU ADA PADA DIRIMU SENDIRI ,
~ GERAKKAN TARBIAH ITU ~

Yaa ! Itulah kuncinya .. 
Andai kau letak kunci pada tempat lain yang fana ,
Engkau kan turut fana ,
Namun andai kau letak kunci itu pada dirimu ,
Yang sentiasa bersamamu walau di mana ,
Dan kau mohon kunci itu Allah jaga ,
PASTI , KAU AKAN KUAT JUGA !

Dengan lafaz ,

بسم الله الرحمن الرحيم



LETAK TARBIAH ITU PADA DIRIMU ,
DAN BERGERAKLAH !
~ ALLAH DI SISIMU ~

.. Andai rebah , kembalilah lagi padaNya ..
Jangan putus asa ,
Kerana setiap yang baik akan ada saat futur ,
Dan setiap yang jahat juga ,
Dan yang akan selamat dan bahagia ,
Hanyalah yang dalam futurnya ,
Dia masih kembali pada Allah ,
Walau bagaimana sekalipun..

Wallahua'lam ..
Wana'udzubillah min syururi anfusinaa ..

__________________________________________________________________









Friday, May 4, 2012

~ Penebusan Kebahagiaan ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Label : Muhsinatul Bathiniyyah


Bismillahirrahmanirrahim ..
Rentetan dari percintaan agung manusia yang pertama ,
Antara ummu wa abul basyar ,
Nabi Adam 'alaihissalam dan Siti Hawwa',,


Dari kesucian cinta mereka ,
Lahirlah keturunan keturunan yang mulia ,
Sehinggalah terlahirnya abur roh yang mulia ,
Kekasih agung ,
Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ..

Dan di balik kelahiran kekasih mulia yang didamba alam ini ,
Tersimpan sebuah kisah cinta yang tulus suci sesucinya ,,
~ Cinta Abdullah dan Aminah ~

__________________________________________________________

Abdullah ,
Pemuda idaman Bani Hasyim ,
Akhlak mulianya menyejuk dataran yang panas ..

Aminah ,
Si bunga Quraisy ,
Terpelihara dirinya sejak kecil dari segala noda jahiliah ,
Ibarat mutiara yang tersimpan rapi di dasar lautan ..

Takdir telah menentukan ,
Galaunya hati akibat nazar seorang insan ,
Tatkala semua insan berkumpul menyaksikan tulisan takdir ,
Hati itu galau keseorangan di tempatnya ,
Segan untuk menonjolkan dirinya,
Hanya mampu merintih rintai ,
"Semoga Abdullah terselamat ya tuhan"

Takdir Allah telah tertulis ,
Tertebus nyawa Abdullah ,
Dengan gantian seratus ekor unta ,
Bahagianya hati keturunan Hawwa' itu tidak terkira ..

Kurnia bahagia Allah menjengah takdir Aminah sekali lagi ,
Apa yang selama ini didamba menjadi kenyataan ,
Abdullah pemilik akhlak paling mulia ,
Dan Aminah si pemilik kesucian dari noda ,
Kini bersatunya cinta mereka dalam halal ,
Setelah lamaran Abdullah menjemputnya ..

Tersenyum indah dua hati ,
Bahagia mereka meneduhkan panas padang pasir ,
Menyelimut kedinginan tajam malam ,
Kisah cinta mereka yang suci dan terpelihara ,
Kini bertemu bahagia ,
Mimpi indah datang bertamu ,
Bahawa cahaya dari tubuh Abdullah ,
Berpindah ke tubuh Aminah ,
Dan menyinari alam seisinya ..

Namun ,
Tidak tergambar perit dan deritanya ,
Dugaan sebelum bahagia paling membahagiakan menjelang ,
Penebusan kebahagiaan ..

Belum pun lama mereka saling menumpah cinta ,
Saat jari masih berinai merah ,
ABdullah diseru untuk berdagang ,
Dengan rela AMinah berkata ,
"Apakah yang kamu takutkan wahai Abdullah ? 
Bahaya yang mendatang dan ujian yang membantai ?
Apakah kamu lupa siapa yang menyelamatkanmu daripada mata parang ayahmu sendiri?
Sungguh saya merelakan pemergianmu "
Dan Abdullah hanya mampu tersenyum ..

Saat pepisahan telah pun tiba ,
Mereka saling berpisah dengan untaian doa ,
Segala sesak tangis dan air mata Aminah ,
Disembunyikannya ,
Menanti dan terus menanti kekasih halal yang sangat dicintai ,
Pulang ke sisi ..

Namun, 
Takdir Ilahi sekali lagi berbicara ,
Mereka telah ditakdirkan berpisah di dunia buat selamanya ,
Abdullah telah pergi dijemput Ilahi ,
Alangkah sedihnya hati yang selama ini merindu dan mencinta ,
Belum puas rasanya menumpah kasih ,
Si dia telah pergi buat selamanya ,
Sungguh besar rasanya ujian Allah buatnya ,
Rebah Aminah , gerimis dunianya ..

Walakin ,
Rebah itu tidak lama ,
Aminah bangkit hidup semula ,
Zuriat Abdullah yang terkandung kemas dalam kesucian rahimnya ,
Menjadi pembakar semangatnya ,
Pengubat rindunya saban hari ,
"Semoga ada mirip ayahmu pada dirimu, nak"
Saat saat mengandung dan melahirkan yang indah ,
Segalanya mudah ,
Sekali lagi bercahaya hidup Aminah ,
Kelamnya tidak lagi suram ,
Penuh solehah mendidik zuriat kekasih halalnya yang sudah tiada ..

Akhirnya takdir Ilahi menjemput juga ,
Rohnya yang suci dijemput ilahi di Abuwa' ,
Bersatu kembali dua hati yang saling mencinta ,
~ Selama lamanya di syurga Allah ~






_______________________________________________________________

Lihatlah ,
Betapa kerana sucinya cinta mereka ,
Kerana tingginya peribadi ABdullah ,
Kerana kuatnya Aminah menjaga kesuciannya ,
Maka terpilihlah mereka ,
Untuk menjadi pasangan pemilik zuriat yang paling mulia ..

Kullu khair tujza bilkhair ,
Setiap kebaikan akan dibalas kebaikan ,
insyaAllah ..

Tidak terpanakah kamu betapa hebatnya kuasa barakah ?
Tidak mahukah kamu mengejarnya ?
~Jom kejar barakah~

Semoga takdir bahagia seperti Abdullah dan Aminah ,
Dan takdir bahagia seperti Nabi Adam dan Hawwa' ,
Menjadi milik kita semua ,
~ Aamiin Yaa Rabb ~















Tuesday, May 1, 2012

Siapa nak tips ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Label : Muhsinatuz Zahiriah



(Yang ni ana copy paste saje .. Moga berguna .. La'alla yantafi'u lakunna)


-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.




-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.




-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.





-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat



-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur. 




________________________________________________________________________________


Cantik zahiriah juga penting :) ..
Niatkan kerana Allah ..
Nak jaga imej islam ..
InsyaAllah Allah redha ..

Yang paling penting apa ?
Redha Allah ..




Pesan penaja : 
Elak tabarruj ,,
Natural lebih santekk :) ..



Selamat beramal ^_^

Cantik Tanpa Dosa :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Label : Muhsinatul Bathiniyyah


Tips cantik yang pertama :
(Jadilah cantik di mataNya dgn menggugurkan noda dan dosa2mu dan sentiasa menyucikan dirimu)






Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir 
sebanyak 33 kali diakhiri dengan ucapan lailahaillaallah, maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan." 
(Imam Muslim)








Rasulullah SAW bersabda:"Lakukan qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang soleh sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." 
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)


___________________________________________________________


Selamat menjadi indah di 'mata'Nya :) ..


Saturday, April 28, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم




~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~



YaAllah , 
Panjangkanlah usia kami dalam mentaatiMu dan rasulMu ,
Izinkanlah kami menunaikan segala hasrat dan cita cita kami untuk dunia dan akhirat ,
Sebelum kami berpindah ke alam sana ,
Dan izinkanlah kami melihat wajahMu di alam sana nanti ,
Yakni hadiah terindah buat kami ..

YaAllah , 
Jadikanlah zatMu lah yang paling kami percayai di dunia dan akhirat ,
Melebihi segala galanya ,

Perelokkanlah iman kami dan segala galanya ,
Serta peliharalah kami ,
Agar kami bahagia di dunia dan akhirat ,
Sa'adah fid darain ,
Aaamiin Yaa Rabb ..

________________________________________________________________


Allah menghidupkan kita dalam islam tanpa kita memintanya ,
Semoga Allah memberi kita syurga sedangkan kita memintanya , aamiin ..
Siapalah kita tanpa meminta minta pada Allah ~


(Hawa' Waheedah Ilal Jannah)